Quantcast
Channel: faizal yusup
Viewing all 1261 articles
Browse latest View live

SENARAI IPO 2014

$
0
0
Assalamualaikum...

Berikut ini ialah beberapa saham IPO besar yang bakal menemui kita di tahun 2014. Alhamdulillah tahun 2013 merupakan tahun yang baik bagi IPO memandangkan boleh dikatakan semua saham yang disenaraikan membawa keuntungan kepada pelaburnya.

InsyaAllah FY percaya tahun ini juga kita akan menyaksikan perkara yang sama. Jadi persiapkanlah modal anda untuk membeli saham-saham IPO ini baik melalui Private Placement, IPO Awam mahupun IPO di MITI.

Untuk permohonan IPO di MITI nampaknya pihak MITI telah menukar kaedahnya dan InsyaAllah FY akan berkongsi di sini akan prosedurnya nanti. Apapun scan IC dan daftarlah di saham.online.miti.gov sebagai pelabur di MITI terlebih dahulu sebelum langkah yang seterusnya untuk memohon saham-saham IPO yang bakal mendatang.


Disamping ini juga ada lagi beberapa saham-saham kecil contohnya Econpile Berhad yang akan disenaraikan tak lama lagi juga beberapa saham SPAC contohnya anak syarikat DAYA MATERIALS iaitu REACH ENERGY yang bakal menjadikan jumlah penyenaraian 20 IPO baru yang bakal meningkatkan pasaran modal sebanyak RM20 Billion. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dalam Bursa Malaysia yang mana merupakan petunjuk yang syarikat-syatrikat di Malaysia berkembang dan membesar dengan baiknya dalam ekosistem ekonomi yang kondusif.

Sekian dahulu...

FY
Hidup kena cool,
Hati kena mulia...

PS - Seperti biasa kepada mereka yang sudi dan ingin belajar pelaburan saham, Seminar Saham Super Investor bersama FY akan diadakan pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.


PERBEZAAN STRATEGI PELABURAN SAHAM

$
0
0
Assalamualaikum.

Dalam pelaburan saham ini sebenarnya terdapat banyak strategi yang boleh digunapakai bagi menjana keuntungan. Ada yang sifatnya jangkamasa pendek dan ada pula yang untuk satu jangkamasa sederhana mahupun panjang. Ada yang menggunakan kaedah analisa kewangan dan ada juga yang menggunakan analisa teknikal melalui pembacaan carta. Ia sebenarnya berdasarkan kepakaran seseorang itu.

Dalam hal ini lain trader lainlah kepakarannya. Trader Analisa Teknikal juga punya variasi dan cara yang berbeza. Lain trader lain resepinya dalam pemilihan indikator-indikator pasaran mahupun time frame yang mereka pilih.

Ada trader yang memilih untuk trade hanya setengah jam pertama dan setengah jam terakhir pasaran, ada trader yang menggunakan sistem 1,2,3 dalam membaca carta, ada yang menggunakan kaedah scalping kaedah yang sering digunakanpara PDT iaitu masuk dan keluar dalam volume yang banyak hanya pada satu bit pasaran bagi menjana keuntungan, ada pula yang menggunakan software-software tertentu bagi membuat pemilihan dan pembelian saham dan banyak lagi.

Kemudian ada pula trader yang tidak menggunakan teknik Analisa Teknikal sebaliknya membeli saham pada hari T+4 dengan menunggu pelabur-pelabur kontra menjual saham-saham yang mereka tidak membuat settlement. Seterusnya ada yang menggunakan strategi buy on rumors and sell on news. Malah ada juga yang menanti signal dalam pasaran yang diberikan oleh para sindiket sepertimana contoh di bawah ini.


Strategi lain ialah strategi Dollar Cost Averaging iaitu strategi menurunkan purata harga saham dengan pembelian berdasarkan nilai duit yang sama secara gradual. Strategi ini sering digunakan pakai oleh Saham Amanah mahupun pelabur yang poketnya dalam. Strategi Chanelling pula digunakan untuk menjana keuntungan berkali-kali dengan satu saham yang serupa.

Strategi Switching pula digunakan bagi menukar satu saham kepada satu saham yang lain bila saham yang dibeli untuk pergerakannya perlahan dan mengambil masa yang lama.



Mencari resepi yang terbaik dan sesuai dengan anda juga merupakan satu cabaran sebenarnya. Ini kerana ada trader yang bekerja dan tidak dapat melihat pasaran pada setiap masa jadi anda sering terlambat membeli atau menjual saham bagi menjana keuntungan.

Kepada yang ingin tahu, FY menggunakan kombinasi pelbagai strategi dalam pasaran saham bagi menjana keuntungan kepada para pelabur yang melabur dengan FY. Ini kerana FY melihat dan memerhatikan pasaran setiap masa setiap hari jadi kebanyakan strategi ini boleh digunapakai.

Dalam hal ini carilah mentor yang boleh mengajarkan strategi yang sesuai buat diri anda. Sesuai dengan masa terluang anda, sesuai dengan modal pelaburan anda, sesuai dengan risiko yang boleh anda ambil dan sebagainya.

Walau apapun strategi yang anda gunakan FY doakan anda dapat menjana keuntungan dan meningkatkan pendapatan anda yang mana secara tak langsung meningkatkan ekonomi ummah secara keseluruhannya. Mengetahui hakikat itu sudah cukup menggembirakan FY.
  
Sekian dahulu.

Semoga pengisian ini membawa manfaat kepada ada.

FY
Naib Presiden

Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia

PS - Andai anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia menjana keuntungan di Bursa Malaysia ini jemputlah datang ke Seminar Super Investor bersama FY pada 18 Januari ini. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.


EBOOK IPO MITI FY AKAN DIKEMASKINI

$
0
0
Assalammualaikum...

Artikel kali ini FY tulis hanya sebagai satu notis memaklumkan yang Ebook IPO MITI SUPER INVESTOR diberhentikan penjualannya buat masa ini untuk dikemaskini. Ini kerana sejak ebook itu ditulis sebanyak 2 perubahan telah berlaku di MITI dari permohonan melalui internet kepada pemohonan secara manual dan sekarang kembali kepada permohonan melalui internet tetapi dengan cara dan kaedah yang lain pula. Setakat ini kaedah yang terbaru ini belum lagi diuji memandangkan tiada IPO baru ditawarkan di MITI jadi agak sukar untuk FY mendapatkan prosedurnya secara tepat. Sabar yer...


Kepada yang tidak tahu dan masih baru dalam pelaburan saham, dahulu pelaburan dan penglibatan Bumiputera di MITI ini sangat rendah iaitu antara 200 hingga 400 permohonan sahaja, namun di penghujung tahun 2010 bila FY mendapat tahu ia dibuka kepada pelabur Runcit Bumiputera lantas menulisnya dalam blog ini ia telah meningkat dan terus meningkat hingga ketahap 16000 permohonan semasa Felda Global Ventures ditawarkan tak lama dahulu. Blog ini mahupun Ebook IPO MITI sebenarnya telah secara tak langsung meningkatkan permohonan IPO di MITI. 

Kemudian kaedah permohonan melalui internet ini telah disalahguna. Ketika permohonan IPO Gas Malaysia pihak MITI telah menemui 500 penipuan. Penipuan dalam bentuk dokumentasi, pemalsuan penyata kewangan, pemalsuan cop pegawai bank dan banyak lagi. Semasa tawaran IHH dan Astro perkara yang sama berlaku. Ada pelabur yang menghubungi FY dan mengatakan Kad Pengenalan mereka digunakan untuk memohon IPO di MITI (tanpa perlukan penyata kewangan kerana sindiket ini boleh memalsukan penyata kewangan ) dan kemudian Kad Pengenalan itu digunakan untuk mendapatkan pinjaman bank (share financing) bagi membayar peruntukan saham dari MITI itu.

Terbaru sindiket-sindiket ini mencari para pesara yang baru pencen yang baru dapat ganjaran gratuiti mahupun baru mengeluarkan duit EPF untuk dijadikan mangsa penipuan mereka. 

Sebenarnya FY tahu bagaimana modus operandi mereka-mereka ini jadi FY harap anda pelabur di luar sana berhati-hatilah kerana anda mungkin menjadi mangsa mereka-mereka ini disebabkan anda tidak punya ilmu mengenainya. Sebelum mengeluarkan duit dari poket anda pastikan anda tahu kemana duit itu akan pergi dan bagaimana ia akan kembali kepada anda melalui saluran yang betul. Ini kerana di zaman ini penipuan begitu banyak berleluasa di luar sana hanya dengan tujuan untuk mendapatkan duit hasil titik peluh anda.

Kepada pihak MITI, andai anda membaca artikel ini FY ingin mengutarakan beberapa isu ; 

  • Pertamanya kaedah terkini permohonan melalui internet ini sebenarnya membebankan pelabur luar bandar kerana mereka tidak punya kemudahan internet. 
  • Keduanya mereka juga tidak punya ilmu IT. Untuk scan IC lantas menghantarnya melalui email dan sebagainya juga bukanlah satu perkara mudah buat mereka.
  • Ketiganya tawaran yang dibuka hanya selama 2 hari contohnya IPO Caring tak lama dahulu tidak memadai untuk pelabur Bumiputera di luar bandar dan pelabur di Sabah dan Sarawak untuk memohonnya. Mereka perlukan masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan dokumen dan menghantarnya kepada pihak MITI.
  • Begitu juga dengan penerimaan tawaran dan membuat pembayaran kepada Bank Penasihat. Masa yang mencukupi diperlukan untuk mereka berbuat demikian.

FY harap sesiapa yang membaca artikel ini boleh membawa perjuangan yang sama demi kebaikan semua pelabur Bumiputera yang kebanyakannya beragama Islam. Jom kita bangunkan ekonomi Ummah! Semoga pihak MITI mendengar saranan ini dan membuat perubahan bagi membantu para pelabur yang dekat dan jauh.

FY lebih suka SEJUTA saham diperuntukan kepada SEJUTA pelabur dan mendapat manfaatnya daripada SEJUTA saham diperuntukan kepada SATU pelabur.

Kepada newbie dan beginner dalam pasaran pula, FY nasihatkan janganlah buat apa-apa andaian mengenai pelaburan saham ini tanpa mendapatkan faktanya yang betul. Buat siasatan dan kajian atau tanya kepada pelabur lama. InsyaAllah mereka boleh membantu memberikan insights kepada perkara yang mungkin anda belum tahu.

Sekian dulu.

FY
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
016 666 7430

PS - FY ada mengadakan Seminar Saham Super Investor pada 18 Januari ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. Disebabkan website kami menghadapi masalah teknikal, hubungi Puan Azila Ismail di talian 012-2511755 untuk tujuan pendaftaran. Terima kasih.

Dato' Seri Anwar Ibrahim datang Seminar Super Investor?

KURSUS SUPERTECH INVESTOR

$
0
0
JEMPUTAN KE KURSUS SUPERTECH INVESTOR


Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan kursus untuk trader dan investor ekuiti Bursa Malaysia untuk mendalami ilmu Analisa Teknikal serta aplikasinya dalam pasaran Ekuiti Bursa Malaysia. Kursus ini menyediakan satu lagi cara bagaimana untuk berdagang atau melabur dalam pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.
2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.
3.   SEMINAR SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

Kursus SUPERTECH INVESTOR ini menggunakan carta sebagai satu alat penting untuk membuat keputusan pelaburan dan dagangan. Kami bukan hanya mengajar konsep tetapi juga aplikasi dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pihak kami telah permudahkan teknik dagangan menggunakan analisis teknikal untuk anda untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan. Teori sahaja tidak mencukupi oleh itu pihak kami akan mengajar anda langkah demi langkah dengan menggunakan perisian carta profesional. Dengan mempelajari teknik ini anda akan dapat menjadi 'stock trader' yang baik dan berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dari pasaran saham. Anda juga dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar apabila berlaku tekanan jualan yang kuat apabila berlaku putaran ekonomi yang tidak sihat.
  
Antara isi kandungan kursus yang penting selain dari yang dipaparkan di template adalah:

1. Sistem Trading

2. Pengurusan Risiko

3. Psikologi Trading

Di sana juga kami akan mengajar tuan-puan untuk memaksimakan platform online trading platform anda untuk mendapat informasi yang penting.

Kursus ini sesuai untuk trader dan investor baru dan lama dalam pasaran saham yang telah punya sedikit sebanyak ilmu asas Analisa Teknikal.

Tenaga pengajar kami terdiri daripada Penganalisis pasaran berlesen dari Broker terkemuka yang berkelayakan penuh dan trader sepenuh masa pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

MAKLUMAT
KURSUS SUPERTECH INVESTOR

Tarikh : 
SABTU, 25 JANUARI 2014

Masa:
09:30 pagi -17:30 petang

Tempat:
8-1B JLN BOLING PADANG G13/G, SEKSYEN 13, SHAH ALAM (ATAS SALON REVE)

Keperluan :

1. Laptop
2. Perisian carta (akan dimaklumkan mengenai cara untuk memasang) atau boleh menggunakan carta di Kentrade.com.my apabila menjadi pelanggan kami di Kenanga Investment Bank  ataupun mana-mana Online Trading Platform Broker berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Perhatian: Untuk menyertai kelas ini perisian carta adalah satu keperluan. Peserta yang berminat digalakkan mendaftar awal sekurang-kurangnya 5 hari awal supaya kami boleh membantu mengisi perisian carta di laptop.

Jika ingin trial charting professional Bursa Station untuk 2 minggu boleh mendaftar di www.bursastation.com , klik di trial sign up dan isi data peribadi untuk mendapat ID sementara dan password.

Yuran: RM 700.00 setiap peserta, sila bank in salah satu Acc di bawah ;

Advance Forward Training and Consultants Maybank Acc No:
5051 0340 5396

Muhammad Zuhri Mohd Zain, CIMB Acc No:
1271 0009 4045 21
  
(Sila SMS ke talian HP 012-6290407 Zuhri Zain selepas membuat pembayaran)

Tempat adalah terhad.

Sekian, Harap Maklum.


Faizal Yusup

JEMPUTAN KE SEMINAR SUPERTRADER

$
0
0
JEMPUTAN KE SEMINAR SUPERTRADER



Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan Seminar SUPERTRADER bagi trader dan investor ekuiti Bursa Malaysia. Seminar ini berkongsi ilmu Software SuperTrader serta aplikasinya dalam pasaran Ekuiti Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan di Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

3.   SEMINAR SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

MAKLUMAT SEMINAR SUPERTRADER

Tarikh : 
AHAD, 26 JANUARI 2014

Masa:
9:00 pagi -5:00 petang

Tempat:
DE PALMA HOTEL, AMPANG POINT, KUALA LUMPUR.

Yuran : RM900.00

KELEBIHAN SOFTWARE SUPERTRADER

* Mempelajari cara melabur di pasaran , Bursa Malaysia,
* Bagaimana cara mengguna teknik SuperTrader dengan terbaik,
* Cara bagaimana MK Experience selaku panduan di dalam dunia Saham,
* Menilai dan mengkaji kaedah baru SuperTrader,
* Cara-cara nya pilihan kaunter,
* Cara-cara nya menentukan harga beli yang terbaik,
* Cara-cara nya membuat keputusan "beli" pada saat yang sesuai,
* Mengenalpasti samaada mengambil untung / rugi / simpan.

KELENGKAPAN YANG WAJIB (SEBELUM HARI SEMINAR) :-

* Standard-size Laptop computer (14" at least or larger)
* Must have the Full version Microsoft Office
* Create your own dropbox (before the seminar)
* Provide your 
1) Full name, 
2) Facebook name, 
3) Contact number
4) Occupation/Profession & 
5) E-mail address

Untuk pendaftaran selanjutnya, sila hubungi talian atau Whatsapp di talian HP - 019 777 5527, MK

Sekian. Harap Maklum.

Faizal Yusup

KAEDAH BARU MENDAFTAR DAN MEMOHON IPO DI MITI

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melayari blog ini.

Salah satu cabang pelaburan saham yang pada FY wajib diketahui oleh semua pelabur Bumiputera ialah pelaburan melalui permohonan IPO atau Saham Terbitan Awam di MITI. Hakikatnya adalah lebih baik untuk pelabur Bumiputera memohon saham IPO di MITI kalau dibandingkan dengan memohonnya melalui kaedah IPO Awam baik melalui Online Banking, menghantar borang, mahupun melalui ATM kepada pihak Issuing House memandangkan kebarangkalian untuk mendapatkan saham-saham IPO baru ini adalah jauh lebih tinggi peratusannya di MITI.

Ini kerana peratusan IPO yang diperuntukkan kepada Bumiputera hanyalah sekitar 12.5% jadi hanya 1 hingga 2.5% diperuntukkan kepada Awam itupun dibahagi pula 50:50 antara Bumi dan Non Bumi dan antara 10 hingga 11% pula diperuntukkan kepada pelabur bumiputera di MITI. Dengan ini jelaslah memohon di IPO di MITI adalah lebih baik walaupun kaedah permohonannya mungkin agak sulit kalau dibandingkan dengan kaedah permohonan IPO Awam.  

Sebenarnya pihak MITI telah dua tiga kali menukar kaedah permohonan IPO ini memandangkan telah banyak penipuan dan manipulasi yang berlaku sebelum ini. FY rasa tak perlulah FY huraikan dengan panjang lebar mengenai hal ini dalam artikel kali ini. Dari kaedah manual, ditukar kepada kaedah online sepertimana yang pernah FY tulis dalam Ebook yang terdahulu. Namun kali ini sekali lagi pelabur di MITI perlu mendaftar nama dan profil mereka sebagai rujukan pihak MITI bagi memastikan yang pelabur tersebut ada pelabur yang genuine

Apapun di sini FY akan huraikan langkah-langkah mendaftar nama anda sebagai pelabur di MITI.

Layari sahamonline.miti.gov.my dan anda akan sampai ke page berikut ;


Clik pada butang - PELABUR BARU, SILA DAFTAR SEKARANG dan masukkan pilihan samaada anda pelabur Individu, Koperasi mahupun Syarikat. Tekan butang - DAFTAR. Bagi pelabur Individu page berikut ini pula akan terpapar ;


Jadi isikan butir-butir peribadi anda dalam kesemua ruang-ruang yang disediakan. Soalan yang punya asterix berwarna merah itu wajib dipenuhkan.


Isikan alamat tempat anda bekerja, alamat emel dan sebagainya.


Isikan no CDS, kalau anda belum ada nombor CDS maka anda boleh meletakkan no dummy. Kalau anda ingin membuka CDS dengan FY anda boleh menghubungi Staff FY En Yasin di talian 019 334 6570 untuk mendaftar di Kenanga Investment Bank Berhad. FY akan secara automatik menjadi remisier tuan-tuan dan puan-puan. Kemudian isikan maklumat suami atau isteri anda.

Setelah itu anda perlu muat naik salinan kad pengenalan. Apa yang perlu dalam hal ini ialah anda perlu scan Kad Pengenalan anda depan dan belakang kemudian COPY PASTE ke dalam applikasi PAINT dan SAVE dalam bentuk fail JPEG. Pastikan ia jelas dan bewarna sepertimana di bawah ini.


Sahkan pengakuan dan  kemudian tekan pada butang - HANTAR.


Selepas itu anda akan mendapat satu emel di mana terdapat KATA LALUAN yang akan diberikan. Anda boleh menggunakan kata lalaun tersebut atau menukar kata laluan tersebut mengikut selera anda. Selepas itu anda perlu cetak borang permohonan PDF, isikan dan lampirkan bersama segala penyata kewangan yang disahkan pegawai yang berkenaan serta salinan kad pengenalan yang jelas hitam putih / bewarna kepada pihak MITI melalui POS. Dokumen ini akan dijadikan dokumen rujukan asas oleh pihak MITI bagi mengetahui kesahihan status pelabur mahupun status permohonan nanti.




Itu sahaja. Anda sudah selesai. Pihak MITI akan memberitahu melalui Emel samaada permohonan anda telah berjaya atau sebaliknya.

Selepas itu bilamana ada tawaran saham IPO di MITI pihak MITI akan memberitahu melalui emel samada anda ingin memohonnnya ataupun tidak.

Dalam setiap permohonan nanti anda perlu mencetak borang di atas ini, melengkapkannya dan menghantar semua penyata beserta salinan IC kepada pihak MTI.

Begitulah kaedahnya.

InsyaAllah FY akan mengemaskini Ebook panduan lengkap memohon IPO di MITI ini untuk kemudahan anda kelak.

Sekian sahaja buat kali ini.

Semoga ia membawa manfaat kepada anda.

FY

BE HUMBLE TO THE MARKET...

$
0
0

Assalamualaikum...

Pasaran saham jatuh menjunam hari ini. KLCI jatuh 23.69 mata kepada 1778.88 mata. Kejatuhan yang secara langsung mengikut kejatuhan Dow Jones melebihi 300 mata hari sebelumnya. Kejatuhan ini dikatakan disebabkan oleh beberapa perkembangan, isu tapering di USA iaitu pengurangan bajet pembelian Bond Kerajaan, isu di China, isu nilai matawang di Australia, Turkey dan Argentina dan sebagainya.

Semua ini merupakan sentimen negatif kepada pasaran saham serantau dan ini termasuklah Bursa Malaysia. Pada FY koreksi (correction) pasaran telah lama dinantikan memandangkan kenaikan pasaran yang berterusan sejak sekian lama tidak dapat diteruskan lagi. Pasaran perlu bernafas dan berehat dan technical correction ini sebenarnya bagus kepada pasaran.

FY telah bertemu dengan keadaan banyak kali dan ia bukanlah satu masalah. InsyaAllah pasaran akan kembali ceria nanti.

Sebenarnya pasaran begini boleh menyebabkan ramai pelabur mengalami kerugian kalau kita tak tahu apa yang kita laburkan. Ia merupakan satu ujian ketahanan. Pelabur yang dapat bertahan adalah pelabur yang baik dan berhemah.

Kali ini FY ingin berkongsi serba sedikit pengalaman FY dalam bidang pelaburan saham ini dengan harap ada satu dua perkara yang anda baca di sini boleh membawa manfaat kepada anda.

Setelah mendapat diploma Analisa Pelaburan dari UITM pada tahun 1991 FY meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di peringkat ijazah di University of Nebraska Lincoln. Menjelang tahun 1996 FY telahpun memasuki pasaran. FY mendapat lesen pada tahun 1997 dan di sini bermulalah langkah FY “berperang” dengan Bursa Malaysia. Sepanjang 17 tahun dalam pasaran saham ini pelbagai suka duka pahit maung telah dilalui dan yuran pelajarannya amat mahal. Yuran dalam bentuk kerugian dalam pasaran saham adalah perkara biasa.

Pada masa itu terdapat ramai pemegang lesen yang seangkatan dengan FY. Katalah 2000 orang yang permulaannya sama dengan FY baik dia melayu mahupun bukan. Pada ketika ini terdapat ramai juga Remisier Cina yang dalam pasaran saham ini.

Naik turun pasaran saham adalah perkara lumrah dalam mana-mana pasaran saham. Mereka yang dapat bertahan adalah mereka yang tidak berputus asa. Bila jatuh mereka akan bangkit mengambil iktibar dan meneruskan perjalanan kehidupan. 

Namun demikian ujian besar krisis kewangan 1997-1998 telah membunuh ramai trader, investor dan remisier yang melabur dalam pasaran saham. Pasaran yang telah mencecah 1300 mata jatuh menjunam hingga ke paras 268 mata pada satu ketika. Ia menyebabkan ramai yang kecundang tak kiralah betapa expertnya mereka dalam pasaran saham. Pada ketika ini separuh telah meninggalkan pasaran mencari kerjaya yang lain mahupun kembali kepada kerja asal mereka sebelum mereka menjadi remisier. Ada yang kembali kerja bank, kilang, menjadi pekebun kelapa sawit, nangka dan pisang, membuka perniagaan, memandu teksi, menjual insuran dan saham amanah serta banyak lagi.

Kemudian pasaran saham berada dalam momentum menaik selepas tahun 1999. Menjelang tahun 2006 dalam pasaran yang menaik ramai pelabur-pelabur baru dan lama telah kembali ke pasaran saham.

Tanpa disedari krisis tahun 2007-2008 disebabkan oleh isu Sub Prime di Amerika Syarikat sekali lagi membawa impak yang serupa. Pasaran jatuh dari 1300 mata hingga ke 800 mata. Pasaran hilang 500 mata pada masa ini. Kali ini lebih ramai trader, remisier dan investor yang mengambil keputusan berundur memandangkan kerugian yang tidak lagi dapat ditanggung. Sejak tahun 1996 itu hinggalah kini jumlah remisier dan dealer, ini termasuklah investor dan trader telah serik lantas meninggalkan pasaran. Yang masih tinggal boleh dikira dengan jari dan FY adalah salah seorang yang tinggal dan masih tidak berputus asa.

FY masih di sini kerana memegang sebuah kisah motivasi 95% pendaki gunung kecundang tanpa mereka sedari sebenarnya mereka hanya tinggal 5% sahaja pendakian yang perlu dijalankan. Kepada 5% yang meneruskan perjalanan maka mereka akan sampai ke puncak jaya. Itu FY percaya dengan penuh keyakinan.

Ada dua sebab kenapa segelintir dari kami masih berada di sini. Pertamanya kerana terpaksa. Terpaksa meneruskan kerjaya kerana faktor umur yang tidak mengizinkan kami ke tempat lain. Sebab yang satu lagi ialah ganjaran besar yang dikecapi oleh mereka yang tidak berputus asa ini hasil dari ketabahan selama ini. Alhamdulillah FY adalah salah seorang yang berada dalam rangkuman yang kedua ini.

Terus terang pelaburan saham bukanlah mudah. Ia sukar dan terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dilalui sebelum kita akan dapat memahami apatah lagi menguasainya. Setahun dua sebenarnya masih belum memadai. Bayangkanlah para remisier Cina yang handal ramai juga kecundang inikan pula kita pelabur baru dalam pasaran.

Percayalah apa yang FY katakan ini. Sejarah akan berulang dan ramai pelabur baru dalam yang memasuki pasaran dewasa ini akan mengalami semua ini. Apapun FY percaya belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain juga adalah salah satu jalan pintas untuk belajar. Apa yang penting ialah untuk belajar dengan orang yang betul. Kalau tidak dugaan kerugian dalam pasaran saham ini bakal menjadi makanan ruji diri anda.

Oleh itu berhati-hatilah. Sebagai penutup artikel ini FY ingin mengambil kata-kata seorang sahabat seorang pelabur berpengalaman – “Be humble to the market or the market will humbled you.”

Sekian dulu.

FY

Perkhidmatan kami ;

  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI

GARIS PANDUAN MEMBUKA AKAUN CDS DAN TRADING DI BURSA MALAYSIA

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel bagi memudahkan anda mengetahui cara bagaimana untuk membuka akaun CDS di sesebuah syarikat Broker dan dalam contoh ini membuka akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank Berhad.

Pada FY akaun CDS merupakan akaun yang boleh dibuka oleh setiap individu berumur 18 tahun ke atas. Kosnya cuma RM10.00 sahaja. Akaun CDS ini digunakan bagi memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia bagi sekiranya anda ;

  • Mendapat ESOS
  • Mendapat Pink Form
  • Mendapat Blue Form
  • Memohon IPO Awam
  • Memohon IPO di MITI
  • Memohon Private Placement
Ia boleh digunakan untuk setiap urusniaga yang melibatkan saham di Bursa Malaysia.

Jadi di sini FY terangkan panduan lengkap untuk membuka akaun CDS ini.

Pertamanya untuk mendapatkan borang-borangnya anda boleh pergi ke mana-mana broker saham di negara ini atau anda boleh juga menghubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini. Untuk makluman borang ini TIDAK BOLEH dihantar melalui EMAIL mahupun di PHOTOCOPY.


Borang CDS - 

Isikan nama penuh dan alamat sepertimana dalam kad pengenalan. Isikan maklumat berkaitan dan turunkan tandatangan. Oleh sebab ia 3 ply, tandatangan hanya di mukasurat yang pertama dengan sedikit tekanan supaya tandatangan anda kelihatan di mukasurat yang kedua dan ketiga. Gunakan pen hitam atau biru bagi tujuan pegisian borang-borang ini.


Borang 2 - Borang E Dividen.

Isikan nama, no akaun bank yang lengkap, nama bank yang lengkap sepertimana yang terdapat dalam penyata / buku bank, no hp kemudian turunkan tandatangan.

Borang E Dividen ini digunakan bagi tujuan mendeposit dividen yang diterima dari saham-saham yang anda pegang terus ke dalam akaun bank anda.


Borang Pengemaskini Butiran Akaun -

Isi borang ini sekiranya anda pernah mempunyai akaun CDS sebelum ini dan ada butiran yang ingin anda pinda. Kemudian turunkan tandatangan.

Sekiranya tiada sebarang pindaan maka borang ini tidak perlu diisi.


Borang Akaun Trading MS 1 -

Sama seperti borang CDS yang terdahulu pengisian maklumat dalam borang ini adalah lebih kurang sama. Isikan juga alamat emel anda sekiranya anda berminat untuk menjalankan urusniaga melalui online.


Borang Akaun Trading MS 2 - 

Isikan maklumat penuh pekerjaan anda, alamat panuh tempat anda bekerja, maklumat kewangan, maklumat suami atau isteri tuan-tuan dan puan-puan. Tandakan juga objektif pelaburan anda.


Borang Akaun Trading MS 3 -

Kemudian isikan maklumat yang perlu dalam mukasurat ini.


Borang Akaun Trading MS 4 -

Baca dan tandakan Perakuan dan turunkan tandatangan.


LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

- Yuran RM10.00


- Salinan kad pengenalan yang jelas


Salinan Penyata Akaun Bank Komersial yang diterima adalah seperti berikut samaada ;

1. Muka Depan Buku Bank


2. Penyata Bank


ataupun Notification Bank sebegini bagi mereka yang tak punya buku bank mahupun penyata bank.


Tetapi salinan penyata Maybank2U seperti di bawah ini TIDAK DITERIMA dan tidak boleh digunapakai.


Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk memuat turun penyata bank dengan menekan butang - DOWNLOAD / PRINT sepertimana yang terpapar di bawah ini ;


Bagi sesetengah broker mereka juga mungkin meminta anda melampirkan salinan lesen memandu atau salinan penyata gaji untuk membuka akaun ini.

Apapun itu sahaja langkah-langkahnya. Akaun CDS boleh dibuka secara terus sekiranya ada pergi ke pejabat Broker yang berkaitan tetapi akaun Trading mengambil sedikit masa untuk diluluskan permohonnnya.

Anda boleh ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, Bangunan Quattro West, Lorong Persiaran Barat, 46200 Kuala Lumpur untuk membuka akaun CDS ini dan memulakan portfolio pelaburan saham anda. 

Sekian dulu buat kali ini.

FY

Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI

PENCERAHAN MENGENAI PERMOHONAN IPO DI MITI

$
0
0


Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria hendaknya.

Kebelakangan ini FY banyak menerima aduan dari pelabur malah terbaca di blog dan media sosial mengenai kenyataan yang sebegini ;
  • -       Kita hanya perlukan 10% duit untuk mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -   Kita boleh dapat loan / pinjaman dari pihak MITI untuk bagi mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -      Atau yang lebih kurang dengan kenyataan-kenyataan ini. 

Bagi mengelakkan kesalahfahaman kepada pelabur maka dalam isu ini biarlah FY membuat penjelasan mengenainya bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya sama seperti memohon IPO Awam anda perlukan ada duitnya terlebih dahulu sebelum anda memohonnya. Kalau memohon IPO Awam Bank Draf atau duit tersebut akan terus di debit daripada akaun anda tetapi dalam permohonan IPO di MITI anda perlu tunjukkan kedudukan kewangan berdasarkan permohonan yang anda buat.

Ini bermana sekiranya anda memohon sejumlah saham bernilai RM100,000.00 maka anda perlu tunjukkan kedudukan duit dalam akaun sebanyak itu baik dalam Akaun Bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Pihak MITI juga akan menawarkan saham berdasarkan kedudukan kewangannya anda itu.

Sekiranya anda memohon saham bernilai RM100,000.00 sedangkan anda hanya punya duit sekadar 10% atau RM10,000.00 maka jumlah saham yang diperuntukkan hanyalah sekadar RM10,000.00 sahaja. Ini berdasarkan pengalaman para pelanggan FY juga pelanggan Persatuan remisier Bumiputera yang memohon dari pihak MITI selama ini.

Dalam ertikata lain TIADA DUIT TIADA SAHAM yang akan diperuntukkan.

Namun demikian terdapat pengecualian di sini. Bilamana penawaran saham tersebut melebihi permintaannya sebagai contoh saham PETRONAS CHEMICAL dahulu dengan tawaran melebihi 900 juta saham pada harga melebihi RM6 maka ramai pelabur bakal mendapat saham melebihi dari apa yang mereka pohon. Namun ini jarang-jarang berlaku.

Kemudian, bila anda telah menerima tawaran dari pihak MITI katalah saham ABC BERHAD bernilai RM100,000.00 dan anda tidak mahu mengeluarkan duit RM100,000.00 itu dari akaun bank/ ASB/ Tabung Haji anda, maka anda bolehlah buat pinjaman share financing dari bank-bank pelaburan.

Bawa surat tawaran dan pergilah ke Investment Bank, dan InsyaAllah mereka akan memberikan pinjaman antara 60 hingga 90% bergantung kepada saham yang ditawarkan kepada pihak anda. Dalam hal ini anda perlukan modal antara 10 hingga 40% bagi mencukupkan pembayaran tawaran saham IPO MITI anda.

Setakat yang FY tahun hanya pada masa penyenaraian Felda Global Ventures sahaja para pelabur mendapat pinjaman 100% dari beberapa Bank Pelaburan yang terlibat dengan penyenaraiannya.

Ada juga Syarikat Broker yang boleh memberi pinjaman 100% untuk IPO di MITI ini tetapi mereka akan meminta profit sharing 50:50, 60:40, 70:30 antara pelabur dan syarikat dengan syarat-syarat lain antaranya saham itu mesti dijual pada hari pertama disenaraikan dan sebagainya.

Sebagai tambahan ada pula persoalan yang begini ;

  • -  Individu perlu ada modal sebanyak RM3 juta sebelum boleh memohon peruntukan saham di MITI.


Jawapan FY, pastikan tidak! Anda boleh memohon paling minima 1000 units tanpa jumlah permohonan maksima asalkan anda boleh membuktikan kedudukan kewangan semasa.

  • -  Kemudian timbul pula persoalan samaada seorang pelabur individu boleh mendapat saham sehingga sejuta unit atau lebih dari pihak MITI.


Setakat yang FY tahu, pihak MITI memperuntukkan saham yang sama rata kepada semua pelabur individu yang memohon dan layak. Semasa IPO MSM, FGV contohnya para pelabur cuma mendapat maksima 30,000 unit setiap seorang, Semasa IPO Bumi Armada sebanyak 90,000 unit saham diperuntukkan. Gas Malaysia pula sebanyak 16500 diperuntukkan. Paling kurang ialah 1000 unit dan paling banyakpun sekitar 300,000 unit kerana permohonan yang diterima lebih kecil kalau dibandingkan dengan jumlah saham yang bakal ditawarkan.

Namun demikian terdapat sedikit pengecualian dalam hal ini. Oleh sebab adakalanya peruntukan saham tersebut tidak dilanggan sepenuhnya atau ditolak oleh para pelabur walaupun selepas mendapat surat tawaran dari MITI maka akan terdapat excess atau lebihan, jadi dalam hal ini selalunya pihak MITI akan memperuntukkan jumlah saham yang banyak kepada High Networth Clients yang layak.

  • -   Bagi persoalan adakah pelabur akan di blacklist oleh pihak MITI sekiranya menolak tawaran peruntukan saham ini?
Jawapannya TIDAK. Pelabur boleh menolak atau menerima sebahagian dari saham yang ditawarkan. Itu tak menjadi masalah. Namun demikian nasihat FY pilihlah saham yang betul ingin anda buat pelaburan sebelum memohonnya di MITI. Pastinya dengan keadaan ini ia takkan menyusahkan mana-mana pihak.


FY harap huraian ini cukup jelas bagi menerangkan isu-isu ini.

Sekian dulu buat kali ini.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii


Artikel ini dikemaskini pada 31 Januari 2014

    JEMPUTAN KE KURSUS SUPERTECH INVESTOR 15 FEB 2014

    $
    0
    0
    JEMPUTAN KE KURSUS SUPERTECH INVESTOR


    Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan kursus untuk trader dan investor ekuiti Bursa Malaysia untuk mendalami ilmu Analisa Teknikal serta aplikasinya dalam pasaran Ekuiti Bursa Malaysia. Kursus ini menyediakan satu lagi cara bagaimana untuk berdagang atau melabur dalam pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

    Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

    1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
    BASIC INVESTOR / TRADER
    Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

    2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
    INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
    Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

    3.   SEMINAR SUPERTRADER
    ADVANCE INVESTOR / TRADER
    Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

    Kursus SUPERTECH INVESTOR ini menggunakan carta sebagai satu alat penting untuk membuat keputusan pelaburan dan dagangan. Kami bukan hanya mengajar konsep tetapi juga aplikasi dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pihak kami telah permudahkan teknik dagangan menggunakan analisis teknikal untuk anda untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan. Teori sahaja tidak mencukupi oleh itu pihak kami akan mengajar anda langkah demi langkah dengan menggunakan perisian carta profesional. Dengan mempelajari teknik ini anda akan dapat menjadi 'stock trader' yang baik dan berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dari pasaran saham. Anda juga dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar apabila berlaku tekanan jualan yang kuat apabila berlaku putaran ekonomi yang tidak sihat.
      
    Antara isi kandungan kursus yang penting selain dari yang dipaparkan di template adalah:

    1. Sistem Trading

    2. Pengurusan Risiko

    3. Psikologi Trading

    Di sana juga kami akan mengajar tuan-puan untuk memaksimakan platform online trading platform anda untuk mendapat informasi yang penting.

    Kursus ini sesuai untuk trader dan investor baru dan lama dalam pasaran saham yang telah punya sedikit sebanyak ilmu asas Analisa Teknikal.

    Tenaga pengajar kami terdiri daripada Penganalisis pasaran berlesen dari Broker terkemuka yang berkelayakan penuh dan trader sepenuh masa pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

    MAKLUMAT
    KURSUS SUPERTECH INVESTOR

    Tarikh : 
    Sabtu, 15 Februari 2014

    Masa:
    09:30 pagi -17:30 petang

    Tempat:
    8-1B JLN BOLING PADANG G13/G, SEKSYEN 13, SHAH ALAM (ATAS SALON REVE)

    Keperluan :

    1. Laptop
    2. Perisian carta (akan dimaklumkan mengenai cara untuk memasang) atau boleh menggunakan carta di Kentrade.com.my apabila menjadi pelanggan kami di Kenanga Investment Bank  ataupun mana-mana Online Trading Platform Broker berdaftar dengan Bursa Malaysia.

    Perhatian: Untuk menyertai kelas ini perisian carta adalah satu keperluan. Peserta yang berminat digalakkan mendaftar awal sekurang-kurangnya 5 hari awal supaya kami boleh membantu mengisi perisian carta di laptop.

    Jika ingin trial charting professional Bursa Station untuk 2 minggu boleh mendaftar di www.bursastation.com , klik di trial sign up dan isi data peribadi untuk mendapat ID sementara dan password.

    Yuran: RM 700.00 setiap peserta, sila bank in salah satu Acc di bawah ;

    Advance Forward Training and Consultants Maybank Acc No:
    5051 0340 5396

    Muhammad Zuhri Mohd Zain, CIMB Acc No:
    1271 0009 4045 21
      
    (Sila SMS ke talian HP 012-6290407 Zuhri Zain selepas membuat pembayaran)

    Tempat adalah terhad.

    Sekian, Harap Maklum.


    Faizal Yusup
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor
    • Seminar SuperTech Investor
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    JEMPUTAN KE SEMINAR SUPER INVESTOR SABTU 1 MAC 2014

    $
    0
    0
    Assalamulaikum... Salam ceria, salam sejahtera buat semua...


    Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan seminar untuk pelabur ekuiti Bursa Malaysia untuk mendalami ilmu pelaburan saham dalam pasaran Bursa Malaysia. Seminar ini menyediakan satu lagi cara bagaimana untuk berdagang atau melabur dalam pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

    Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

    1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
    BASIC INVESTOR / TRADER
    Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

    2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
    INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
    Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

    3.   SEMINAR SUPERTRADER
    ADVANCE INVESTOR / TRADER


    Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

    InsyaAllah FY akan mengadakan Seminar Saham Super Investor pada hari Sabtu 1 Mac nanti di Bangunan Lembaga Getah Asli, berhadapan KLCC. Yurannya masih sama iaitu RM490.00. Antara seminar saham yang termurah di pasaran tetapi dengan kandungan seminar yang amat bernilai dan penuh pengisian.

    Seminar ini menceritakan perjalanan bagaimana sesebuah syarikat itu bermula  sehingga bagaimana ia disenaraikan di Bursa Malaysia. Peruntukan saham IPO, Pink Form, Blue Form, IPO di MITI, Private Placement mahupun kepada pelabur awam. Kemudian bagaimana menganalisa saham-saham dalam Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan darinya. Ini ditambah pula dengan pengenalan kepada Software Super Investor yang memberikan tip harian untuk seorang trader. Perbezaan antara Investor dan Trader, kategori saham-saham dan perbezaannya serta banyak lagi akan dikongsikan.

    Seminar ini sesuai bukan hanya untuk newbie malah untuk pelabur yang telah lama berada dalam pasaran saham. Ini kerana ada banyak perubahan dan pembaharuan dalam pasaran yang perlu diketahui bagi menjadi seorang pelabur yang bijak!

    RM490.00 anda pasti berbaloi!

    Untuk mendaftar hubungi Puan Azila Ismail di talian 012 2511755

    atau 


    Cepat! Tempat adalah terhad!

    Sekian dulu. Kita jumpa di sana...

    Faizal Yusup
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor
    • Seminar SuperTech Investor
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    PANDUAN LENGKAP MEMBUKA AKAUN SAHAM ONLINE

    $
    0
    0
    Assalamualaikum dan salam ceria... Hidup kena cool, hati kena mulia... 

    Dalam artikel kali ini FY akan menulis mengenai langkah-langkah membuka akaun Online kepada para pelabur yang ingin menjadi investor atau trader di Bursa Malaysia. Garis panduan ini adalah untuk para pelanggan Kenanga Investment Bank namun demikian untuk broker yang lain FY yakin yang pendaftaran akaun online tersebut lebih kurang sahaja langkah-langkahnya.

    Sebelum sampai ke fasa membuka akaun online ini, akaun CDS dan Trading mestilah dibuka terlebih dahulu dan cara membuka akaun CDS dan Trading telah FY terangkan dalam artikel yang boleh anda cari di dalam blog ini. Dalam borang akaun Trading tersebut anda perlu tandakan pada ruang Akaun Online dan pastikan anda sertakan alamat Email.

    Bilamana anda telah menerima surat dari Bursa Malaysia yang mana di dalamnya terdapat no CDS anda juga surat dari Kenanga Investment Bank yang menyatakan No akaun Trading anda maka anda bolehlah seterusnya mengambil langkah untuk membuka akaun Online ini.

    Langkah-langkahnya adalah seperti berikut ;
    • Gunakan Search Engine Internet Explorer dan cari www.kentrade.com.my dan anda akan bertemu dengan paparan berikut ;



    • Tekan pada butang - First Time Login - lalu anda akan dibawa pula ke paparan yang berikut ini ; 




    • Baca Terms and Conditions ini dan kemudian tandakan pada ruang CONFIRMATION.
    • Tandakan samaada anda seorang EXISTING CLIENT bagi pelabur yang sudah mendapat surat yang FY nyatakan tadi atau pada butang I AM NOT A CLIENT sekiranya anda ingin mendapatkan FREE TRIAL software ini selama 90 hari.
    • Kemudian tekan pada butang REGISTER lantas anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;


    • Disini anda perlu mengisi semua maklumat yang diperlukan. Ini adalah paparan bagi pelabur yang telah mempunyai akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank. Anda perlu masukkan semua maklumat termasuklah PASSWORD, TRADING PIN dan sebagainya. Jangan lupa tulis password dan trading pin ini bagi mengelakkan anda terlupa.

    • Kemudian tekan pada butang SUBMIT. Anda seterusnya akan sampai ke paparan yang berikut ini.



    • Di sini anda perlu tekan pada butang TRADING HALL dan pilih ENGLISH STOCK PRICE lantas anda akan sampai ke paparan yang berikut ;


    Inilah paparan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia baik pada papan utama mahupun pada papan ACE.

    Di sini anda hanya boleh melihat pergerakan harga saham-saham yang didagangkan dan sekiranya anda ingin memulakan pembelian dan penjualan maka apa yang perlu anda lakukan ialah untuk menghubungi Kentrade Helpdesk 1800-88-2274 untuk pengaktifan Account Summary dan Portfolio.

    Mereka akan mengaktifkannya dan di sini nanti anda akan mendapat butang BUY dan SELL untuk memulakan transaksi pertama anda.

    Bagaimanapun untuk mendapatkan LIMIT untuk membeli anda perlu masukkan modal terlebih dahulu, kalau tidak LIMIT anda adalah 0. Tiada apa yang boleh dibeli tanpa LIMIT ini.

    Hubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin memasukkan duit modal permulaan pembelian saham anda.

    Itu sahaja buat kali ini. InsyaAllah ada kesempatan FY akan menulis lagi.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    PANDUAN MEMULAKAN PORTFOLIO PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

    $
    0
    0
    Assalamualaikum.

    Dalam artikel kali ini FY akan menulis sedikit sebanyak pengisian yang perlu anda tahu bila melabur dalam Bursa Malaysia.

    SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN SAHAM

    • Sediakan modal minima dalam RM5000.00.
    • Carilah ilmunya terlebih dahulu.
    • FY banyak menulis mengenai saham dalam blog www.faizalyusup.net atau carilah buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan.
    • Datang ke Personal Coaching dan Seminar-Seminar yang dijalankan. Dalam hal ini FY ada menjalankan seminar Basic untuk pelabur saham. Seminar Super Investor. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.
    • Berkawanlah dengan para pelabur yang berpengalaman.
    • Anda boleh menyertai forum saham atau group saham di Media Sosial.
    • Carilah mentor saham yang berlesen, berpengalaman dan berkelayakan sebagai jalan pintas pencarian ilmu saham anda.


    MEMULAKAN PORTFOLIO PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

    • Buka Akaun CDS dan Akaun Trading, Akaun Trading Online di Broker Saham atau di Investment Bank.

    Cara membuka akaun-akaun ini ada FY tulis dalam artikel-artikel sebelum ini.

    MEMBELI SAHAM

    Untuk membeli sesuatu saham di Bursa baik dengan menggunakan perkhidmatan FY di Kenanga mahupun membelinya secara Online anda perlu ;

    Masukkan modal pelaburan anda dalam akaun Bank sepertimana berikut ;

    MAYBANK
    Kenanga Investment Bank Berhad
    5140 1162 0167

    CIMB
    Kenanga Investment Bank Berhad
    1417 0020 2090 55

    PUBLIC BANK BERHAD
    3999 2038 21

    Selepas itu SMS (016 6667430), WhatsApp (016 6667430), Email (greng70@yahoo.com), Fax (03 7620 2655) atau call FY (016 6667430) untuk memberitahu maklumat transaksi yang telah anda lakukan itu.

    FY pula akan menulis maklumat ini dalam borang notification bagi memberitahu pihak Operation Kenanga untuk memasukkan duit tersebut dalam Akaun Trading Anda di Kenanga.

    Bilamana duit tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun anda di Kenanga, anda telah siap untuk menjalankan urusniaga saham pertama anda.

    Anda boleh menghubungi menggunakan perkhidmatan FY untuk membeli saham atau anda boleh juga menggunakan kaedah Online untuk berbuat demikian.

    SETTLEMENT DI BURSA MALAYSIA

    T        - Transaction day. Hari Urusniaga dijalankan baik urusniaga Beli atau Jual.
    T+1   - Kontrak yang tertera Jumlah saham, Harga, Brokerage yang dikenakan, dan jumlah yang perlu dibayar akan diposkan kepada anda.
    T+2
    T+3   – Kontrak Due dan pembayaran perlu dibuat pada atau sebelum hari ini.
    T+4   – Force Selling Day. Kalau kontrak tidak dibayar atau saham yang anda beli pada T day itu tidak diambil (pick up) maka ia akan dipaksa jual pada hari ini oleh Dealer syarikat.

    Sekiranya ada untung atas angin maka cek Contra Profit ini akan keluar pada T+3 yang seterusnya nanti. Namun sekiranya rugi atas angin maka anda perlu membayar kerugian tersebut.

    Sekiranya anda membeli dan menjual saham dalam jangkamasa ini maka transaksi inilai yang dinamakan Urusniaga Contra atau Main Saham Kontra. Apapun FY tidak menggalakkan urusniaga ini memandangkan risiko kerugiannya yang begitu tinggi.

    MENJUAL SAHAM

    Bilamana anda menjual sesuatu saham baik melalui perkhidmatan Remisier mahupun secara Online, maka cek akan keluar pada T+3 juga. Cek ini pula akan di masukkan ke dalam akaun bank anda.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SELEPAS MENGHADIRI SEMINAR SAHAM?

    $
    0
    0

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

    FY harap artikel-artikel dalam blog ini serba sedikit membantu anda dalam pelaburan di Bursa Malaysia. InsyaAllah banyak lagi yang ingin FY kongsikan dengan anda, semoga ia secara tak langsung membawa manfaat dan berguna kepada pihak anda dalam manjalankan urusniaga pelaburan di Bursa Malaysia.

    Baiklah, memandangkan kebelakangan ini begitu banyak bengkel, woksyop, kursus dan seminar saham dijalankan jadi FY mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel yang bertajuk Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Menghadiri Seminar Saham tak kiralah samaada anda pulang dari Seminar Super Investor FY atau yang lainnya.

    Dari pemerhatian FY ramai juga yang balik dari seminar hanya mendapatkan ilmu pelaburan saham namun tidak melakukan apa-apa tindakan susulan atas sebab-sebab tertentu.

    Jadi di sini FY akan terangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil sekembalinya dari sebuah seminar saham kepada mereka yang telah punya modal dan bersedia untuk terjun dalam arena pelaburan saham ini.

    BUKA AKAUN CDS
    Sesetengah seminar menyediakan perkhidmatan membuka akaun CDS, jadi bukalah akaun CDS kerana inilah akaun yang wajib bagi semua pelabur saham di negara ini. FY ada menulis garispanduan membukanya dalam artikel yang lalu. Setelah menghantar borang untuk diproses tunggu sehingga pihak Bursa menghantar surat penyata untuk mengesahkannya.

    Nota – Akaun CDS tidak boleh dibuka oleh pelabur yang Bankrap, tetapi bagi pelabur yang blacklist punya masalah CTOS dan CCRIS ia tidak menjadi masalah. 

    BUKA AKAUN TRADING / ONLINE
    Kemudian FY buka Akaun Trading dengan pihak Broker dan pastikan siapakah Remisier atau Dealer anda. Ini penting kerana sekiranya anda ada apa-apa urusan dan pertanyaan anda boleh bertanya dengan mereka. Akaun Trading digunakan untuk menggunakan perkhidmatan Remisier atau Dealer tersebut dalam menjalankan urusniaga saham. Akaun ini juga merupakan akaun yang wajib anda buka sekiranya anda ingin memulakan pelaburan saham.

    Akaun CDS adalah tempat saham disimpan dan Akaun Trading ialah akaun dimana transaksi jual beli saham dijalankan.

    Anda juga boleh membuka akaun Trading Secara Online selepas membuka akaun Trading ini. Akaun online ini membolehkan anda melihat papan Bursa melalui platform yang disediakan oleh syarikat broker saham.

    Langkah-langkah membukanya juga pernah FY tulis dalam blog ini.

    Kemudian anda akan menerima penyata dari syarikat broker tentang pembukaan Akaun Trading ini. Selepas akaun-akaun ini siap anda telah sedia untuk memulakan pembelian saham yang pertama anda.

    MASUKKAN MODAL PELABURAN
    Langkah seterusnya ialah untuk memasukkan modal saham dalam akaun Bank Syarikat Broker. Contohnya akaun Maybank atas nama Kenanga Investment Bank Berhad. Langkahnya telah FY tulis dalam aritikel dalam blog sebelum ini.

    PEMILIHAN SAHAM
    Ini adalah langkah yang paling sukar. Anda perlu membuat Analisis Makro dan Mikro, Analisis Asas, Analisis Kewangan, Analisis Teknikal dan pelbagai lagi sebelum terjun dan membeli saham pertama anda atau anda boleh bertanya Remisier anda untuk bantuan. Ini kerana Remisier yang berpengalaman dan berkelayakan akan pastinya dapat membantu anda memandangkan mereka kenal kebanyakan saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia ini.

    Sebenarnya seorang remisier yang hebat boleh memberi garispanduan akan saham-saham yang baik untuk dibeli, bila masa yang paling sesuai untuk membeli saham tersebut serta pada harga yang baik.

    Setelah mengenalpasti saham mana yang ingin dibeli maka bolehlah anda terjun dan membelinya. Jangan takut kerana tiada apa yang perlu ditakutkan bila anda telah membuat persiapan yang rapi.

    Melabur saham buat kali yang pertama sama sahaja seperti terjun Bungee Jumping. Anda takut akan jatuh menyembah bumi dan luka parah namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat, faktor keselamatan, faktor cuaca dan sebagainya telah diambil kira maka InsyaAllah anda akan terjun dengan jayanya. FY percaya selepas 100 kali terjun maka terjunan anda akan menjadi lebih baik dan disusuli dengan aksi-aksi menarik. Begitu halnya dengan pelaburan saham. Anda takut kerugian dan sebagainya namun sekiranya persediaan rapi telah dibuat InsyaAllah akan dapat membeli kaunter yang selamat dan menguntungkan anda nanti.

    Apapun FY akan menulis tip-tip pemilihan saham ini nanti dalam artikel yang lain pula. InsyaAllah.

    INVESTOR ATAU TRADER?
    Dalam hal ini anda kenalah pastikan samaada anda seorang Investor atau seorang Trader. Seorang Trader wajib ada akaun online kerana mereka perlu melihat pergerakan harga saham setiap masa namun ia tidak wajib bagi seorang Investor kerana mereka hanya perlu melihat pergerakan harga saham sekali sekala.

    Ini kerana seorang Trader menggunakan strategi jangkamasa pendek sedangkan seorang Investor pula menggunakan strategi jangkamasa panjang.

    Artikel ini juga pernah ada tulis sebelum ini.

    GROUP SAHAM DI FB, WHATSAPP DLL
    Sekiranya seminar tersebut  berjanji akan memasukkan anda dalam Group Saham dan sebagainya maka saranan FY hubungi mereka kerana kemungkinan besar mereka ini sibuk dan tak sempat untuk berbuat demikian. Dengan menghubungi mereka InsyaAllah mereka akan memasukkan anda ke dalam group-group yang berkenaan. Bagi Alumni Seminar Super Investor anda boleh menghubungi FY sendiri bagi tujuan ini.

    TINDAKAN SETERUSNYA
    Seminar Super Investor FY memberikan pandangan Basic yang menyluruh tentang pelaburan di Bursa Malaysia ini dan ia memadai untuk anda menjadi seorang INVESTOR saham tetapi ia tidak memadai untuk anda menjadi seorang TRADER saham kerana anda perlu mendalami ilmu Analisa Teknikal untuk menjadikan anda seorang Trader saham yang baik.

    Dalam hal ini saranan FY bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran menjadi seorang TRADER saham maka datanglah ke Seminar SuperTech Investor kerana di sini anda boleh mempelajari selok belok menjadi seorang trader saham. Ia dijalankan oleh dua orang Sifu yang punya kelayakan MSTA(UK) iaitu Sifu Zuhri Zain dan Sifu Nabil Fikri. Untuk pengetahuan anda Sifu Nabil Fikri adalah salah seorang Regional Technical Analyst di CIMB Investment Bank Berhad dan merupakan satu-satunya Technical Research Analyst berbangsa melayu di situ.

    Dalam hal ini sekali lagi FY nasihatkan, pastikan siapa sifu anda dan pastikan mereka ini berlesen, berpengalaman dan berkelayakan. Bukan apa FY takut anda belajar ilmu yang salah dan akhirnya akan merugikan pihak anda.

    Seterusnya sekiranya anda perlukan software bantuan dalam menjalankan urusniaga trading anda maka datanglah ke Seminar SuperTrader yang mana di sini cara menggunakan Software SuperTrader akan dihuraikan.

    Seminar-seminar ini ada FY promosikan dalam blog ini bilamana ia dijalankan. 

    Tujuan FY promosikan seminar-seminar ini bukan untuk mendapatkan ganjaran kewangan darinya tetapi seminar-seminar ini disusun sedemikian rupa dengan pengisian yang kukuh dan mendalam supaya anda menjadi pelabur yang berhemah dan bijak dan InsyaAllah bakal menjadikan pelaburan saham ini sebagai sumber meningkatkan ekonomi keluarga anda khususnya serta ekonomi ummah secara amnya.  

    Seperkara lagi subscribelah blog FY ini dengan masukkan email anda di dalam blog www.faizal yusup.net. Dengan cara itu semua artikel yang FY tulis akan sampai terus ke dalam email tuan-tuan dan puan dan InsyaAllah ia akan dapat membantu serba sedikit memberi pandangan mengenai isu-isu semasa pelaburan saham.

    FY rasa cukup setakat ini buat kali ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain paparan.

    Sekian.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    Like Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor

    MODAL PERMULAAN PELABURAN SAHAM

    $
    0
    0
    Assalamualaikum. Kita bertemu lagi.

    Kali ini FY akan terangkan sedikit sebanyak tentang modal minima pelaburan saham serta dimana anda boleh melaburkannya. Apapun ini hanyalah pendapat FY semata-mata berdasarkan 17 tahun pengalaman FY dalam pasaran saham, berdasarkan apa yang FY lihat selama hari ini.

    Antara pilihan yang pelaburan saham yang ada bagi pelabur di Bursa Malaysia ialah;

    IPO
    IPO di MITI
    PRIVATE PLACEMENTS
    READY MARKET ATAU PASARAN TERSEDIA

    Modal antara RM0.00 hingga RM1000.00
    Pada FY bagi mereka yang mempunyai modal atau tabung sebanyak ini maka adalah lebih baik anda mencuba pembelian IPO Awam melalui online, ATM atau penghantaran borang. Ini kerana ia terlalu kecil dan tidak memadai untuk kita buat pelaburan di pasaran terbuka dan ia juga pasti menyusahkan untuk menyiapkan dokumen bagi memohon IPO di MITI.

    Dalam pasaran terbuka brokerage minima yang dikenakan ialah RM40.00 beli dan jual jadi pelaburan saham berharga RM1.00 terpaksa ditunggu sehingga paling minima RM1.08 hanya untuk kita breakeven. Pastinya anda terpaksa menunggu dalam masa yang panjang nanti untuk kembali mendapatkan modal apatah lagi keuntungan.
     
    Modal antara RM1000.00 hingga RM5000.00
    Di sini pilihan menjadi lebih besar. Anda boleh memohon IPO dan anda juga boleh membeli saham di pasaran terbuka. Namun demikian dalam pasaran terbuka pilihan menjadi terhad. Ini kerana pastinya anda tidak disarankan untuk membeli 5 jenis saham pada harga RM1.00. Ia bakal memberi efek yang sama seperti pihahan yang awal tadi. Di sini anda cuma boleh membeli satu jenis saham sahaja bagi mendapatkan leverage yang baik. RM5000.00 diperuntukan untuk satu jenis saham sahaja. Masalahnya bila kita punya modal yang kecil begini kebarangkalian untuk menjana keuntungan menjadi begitu kecil. Ini kerana kita hanya boleh memilih SATU saham sahaja daripada 1400 jenis saham yang ada.

    Modal antara RM5,000.00 hingga RM50,000.00
    Bagi mereka yang punya modal sebanyak ini maka ia menjadi lebih mudah. Ini kerana pilihan yang ada menjadi lebih terbuka. Namun demikian pembahagiannya pula menjadi terhad. Samaada anda ingin meletakkannya dalam pasaran terbuka, atau hanya IPO atau kedua-duanya sekali. Anda boleh memohon IPO, IPO di MITI atau melabur sahaja di pasaran terbuka. Dengan RM50.000.00 pilihan membeli saham dalam pasaran terbuka adalah lebih baik. Ini kerana anda boleh membeli lebih banyak saham dan membahagikan risiko atau dalam Bahasa Inggeris spread the risk. Anda juga boleh membeli satu jenis saham dan membahagikannya mengikut nilai pembelian yang sama dengan menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging. Kaedah yang lazim digunakan oleh Syarikat Saham Amanah.
     
    Modal antara RM50,000.00 hingga RM250,000.00
    Sama seperti di atas namun dengan modal pelaburan sebanyak ini anda boleh membahagikannya untuk tujuan pelaburan dalam IPO serta dalam pasaran terbuka. Dengan modal sebanyak ini ada juga boleh membuka Akaun Trading Margin dengan syarikat broker bagi meningkatkan leverage pelaburan anda. Namun demikian dari apa yang FY tahu tiada Share Financingmahupun Margin Account yang berstatus Syariah.

    Modal RM250,000.00 dan ke atas
    Dengan modal sebanyak ini pula anda sudah mula boleh melabur sebagai High Networth Clients dalam pelaburan yang dinamakan Private Placements. Modal minima yang diperlukan ialah RM250,000.00 untuk satu blok saham. Bila banyak saham yang dapat kita beli dan bila saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan yang berganda. Tetapi kalau semunya sudah diletakkan di sini maka tiadalah pilihan pelaburan yang lain.

    Dibawah ini FY paparkan impak pembelian saham melalui kaedah Private Placements ini.


    Sebenarnya Private Placements adalah salah satu kaedah pelaburan yang terbaik untuk mendapat pulangan pelaburan atau Return on Investment (ROI) terhadap pelaburan yang anda buat. Dalam contoh di atas anda boleh lihat yang pulangan bagi pelaburan ini melebihi 70% dalam jangkamasa sebulan.

    Namun demikian kalau di Amerika Syarikat peruntukan saham ini dijalankan dalam bentuk bid and offer berdasarkan penawaran dan permintaan tetapi di negara ini ia tidak dijalankan sedemikian. Ini menyebabkan adakalanya saham Private Placement ini menjadi terlalu mahal kerana ia dijual oleh agen-agen saham yang mengenakan yuran-yuran tertentu.

    Apapun bagi High Networth Clients FY sarankan untuk anda memasuki pasaran ini. Hubungi FY sekiranya anda berada dalam kelompok ini. InsyaAllah FY boleh membantu anda sekiranya ada Private Placements yang sesuai.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor
    • Seminar SuperTech Investor
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


    PANDUAN MEMILIH SAHAM YANG MENGUNTUNGKAN DI BURSA MALAYSIA

    $
    0
    0
    Assalamualaikum...

    Dalam artikel kali ini pula FY akan berkongsi tetang bagaimana untuk secara ringkas memilih saham yang boleh membawa keuntungan. Sebenarnya banyak analisa yang perlu dilakukan sebelum membeli sesuatu saham itu tapi di sini FY meringkaskannya bagi kemudahan pelabur baru dalam pasaran.

    Perkara penting yang anda perlu tahu ialah bukan semua saham itu sama. Analoginya sama sahaja kalau kita ingin membeli bawang, Kita perlu memilih mana satu yang baik danberkualiti dan bukannya yang busuk begitu juga dalam pelaburan saham kita perlu memilih yang mana satu yang baik dan yang boleh membawa keuntungan kepada kita.

    BUAT PENYELIDIKAN

    Ada pelbagai penyelidikan yang boleh kita buat baik dari sudut Ekonomi Makro, Ekonomi Mikro, Industri, Sektor juga dalam syarikat itu sendiri. Analisa Asas, Analisa Kewangan, Analisa Teknikal melalui carta pergerakan harga juga perlu dilakukan. Dalam hal ini kita juga perlu tahu keadaan ekonomi semasa dan apakah impaknya kepada harga saham yang bakal kita beli itu. Kita perlu tahu siapa pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut, kedudukan kewangan, kedudukan hutang, berita terkini, rumors yang kedengaran dan sebagainya. Dari segi analisa teknikal pula kita perlu tahu akan stock behavior atau peragai pergerakan saham tersebut masa serta harga yang sesuai untuk membeli saham tersebut dan banyak lagi.

    PERHATIKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

    Pada FY perkara utama dalam pemilihan itu ialah samaada saham syarikat yang kita beli itu UNTUNG atau RUGI. Pilihlah saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh. Perhatikan EPS atau Earning Per Share serta PE Rationya. Kedua-dua petunjuk ini amat penting untuk kita buat perbandingkan antara syarikat. Kalau ada kesempatan mungkin FY akan huraikan mengenainya dalam artikel-artikel yang mendatang. Anda juga boleh datang ke seminar SuperInvestor yang FY anjurkan untuk mempelajari semua ini.

    Dalam hal ini elakkan sahaja saham yang mengalami kerugian. Ini kerana terdapat banyak lagi saham-saham syarikat-syarikat yang untung yang boleh kita beli dan buat pelaburan. Saham-saham yang rugi ini FY namakannya saham Cap Ayam. Biarpun ia masih disenaraikan namun ia bukanlah syarikat yang bagus. Sesetengah syarikat ini telahmasuk dalam senarai PN 17 atau Practice Note 13 yang mana ada kemungkinan ia merupakan saham yang bakal bankrap dan dinyahsenaraikan. Jadi berhati-hatilah.

    Analoginya mudah. Kalau kita ke pasar malam pandai pula kita memilih buah oren yang baik dan cantik. Tidak pula kita pilih yang tidak elok dan busuk. Namun kenapa dalam pasaran saham kita beli saham yang tak elok dan busuk? Masalah bagi kebanyakan pelabur ialah dia tak punya ilmu memilih saham yang elok dan cantik. Memilih saham yang tidak elok dan busuk hanya akan membawa kepada kerugian sebenarnya.

    PERHATIKAN TEMA PASARAN

    Sebenarnya ada banyak Tema dalam pasaran dan pasaran juga selalunya bergerak berdasarkan temanya. Tema Air, Tema GLC, Tema Getah, Tema Kayu Balak, Tema Oil and Gas, Tema Plantations, Tema Penny Stocks, Tema Blue Chips dan pelbagai lagi.

    Tema Air akan melibatkan saham seperti Puncak, KPS, Jaks, Salcon dan sebagainya, Tema Getah pula melibatkan saham Harta, Supermx, Kossan, Rubberx, Adventa, IRCB dan yang lain dalam industri yang sama. Begitu jugalah yang lainnya.

    Semasa Gempa Bumi di Kobe Jepun dimana banyak rumah-rumah yang diperbuat dari kayu dihanyutkan air maka kaunter-kaunter kayu balak seperti Jaya Tiasa dan Ta Ann akan meningkat naik kerana keperluannya yang meningkat. Semasa penularan penyakit berjangkit seperti H1N1 kedengaran pula maka harga syarikat-syarikat berkaitan getah pula yang naik kerana peningkatan jualan sarung tangan getah serta alat-alat yang berkaitan. Untuk pengetahuan anda Malaysia adalah pengeksport terbesar sarung tangan getah di dunia.

    Mengetahui tema dan berada di hadapan wave atau ombak pasti akan membawa keuntungan kepada anda.

    CARI FAIR VALUE

    Analoginya di sini ialah untuk kita membeli kereta Mercedes pada harga kereta Kancil dan bukan sebaliknya membeli kereta Kancil tetapi pada harga kereta Mercedes. Maksudnya di sini ialah kita kena pastikan saham yang dibeli itu undervalue atau di bawah nilai.

    Bagaimana untuk kita tahu yang harganya di bawah nilai dan sebagainya? Mudah sahaja, anda cuma perlu ke website I3Investor, di sana nanti anda cuma perlu mencari Fair value atau Target Price yang telah dianalisakan oleh penyelidik-penyelidik berkelayakan dari syarikat-syarikat Broker. Namun demikian harus diingat tidak semua saham diambil untuk tujuan penganalisaan. Selalunya hanya syarikat yang bagus yang bakal dianalisa.

    NEWS DAN RUMORS

    Buy on Rumor and Sell on News / Fact adalah antara perkara yang perlu diketahui di Bursa Malaysia. Selalunya bila saham itu masih dalam rumors maka membelinya merupakan satu tindakan yang baik, ini kerana bila beritanya keluar dalam akhbar dan sebagainya maka acapkali harga saham itu akan turun kerana pelabur yang membeli semasa ia berada dalam rumors kan mengambil peluang untuk menjualnya. Pun begitu impak berita yang bagus akan kelihatan di masa-masa mendatang dengan kenaikan harga saham-saham tersebut bilamana ia dibeli oleh institusi-institusi pelaburan kerana faktanya.

    PEMBENTUKAN WATCHLIST

    Langkah seterusya ialah pembentukan watchlist atau senarai saham-saham yang baik yang telah dianalisa. Saham-saham yang ingin anda buat pelaburan. Lagi banyak yang anda tahu mengenai sesuatu saham itu adalah lebih baik. Jadi ambillah masa untuk menyelidik dan mengenali saham-saham yang ada. Lambat laun anda akan tahu yang mana yang baik dan boleh dipilih untuk dimasukkan dalam senarai saham pilihan anda.

    Ianya terpulanglah kepada anda samaada untuk membuat senarai 10, 20, 50 mahupun 100 sekalipun. Apa yang penting ialah untuk anda mengenali setiap saham-saham tersebut. Setelah itu anda boleh menggunakan watchlist ini untuk membeli dan menjual saham tersebut. Beli bila harganya rendah dan jual bila harganya mahal dan kaedah ini dinamakan Channeling. Pada FY ia adalah salah satu kaedah yang baik untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. 

    SIGNAL PEMBELIAN DAN PENJUALAN

    Sekarang setelah anda punya senarai saham-saham yang baik dan kukuh persoalan yang tinggal ialah bila masa yang paling sesuai untuk membelinya serta apakah harga yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

    Disini pengetahuan dalam aspek analisa teknikal diperlukan. Pembacaan dan penganalisaan petunjuk atau indicator dalam carta-carta pergerakan harga saham akan dapat membantu ada mengenal behavior atau perangai saham-saham dalam watchlist yang telah kita bentuk terdahulu dari ini.   

    Kebiasaannya strategi seorang Investor ialah untuk membeli pada Support sedangkan strategi seorang Trader ialah untuk membeli ketika Breakout. Seorang Trader selalunya punya strategi cut loss dan menjual saham tersebut sekiranya ia turun ke tahap-tahap tertentu. Mereka juga punya strategi Risk vs Reward dan sebagainya. Malangnya bagi yang tak punya ilmu ini maka strategi main agak-agak dan main tembaklah yang bakal digunakan.

    SIMULASI

    Sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan ini mungkin melakukan simulasi terlebih dahulu adalah strategi yang baik. Ambil masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan. Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

    Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana keuntungan darinya secara konsisten.

    Sekian dahulu untuk kali ini. InsyaAllah FY akan sambung dengan tip-tip yang lain pula. InsyaAllah. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Semoga ia membawa manfaat kepada anda.  

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


    PANDUAN MEMILIH KHIDMAT REMISIER VS ONLINE TRADING

    $
    0
    0

    Assalamualaikum.

    Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis artikel yang mengisahkan tentang perbezaan antara menggunakan perkhidmatan Remisier VS Online Trading.

    PERBEZAAN BROKERAGE

    REMISIER

    Bila menggunakan perkhidmatan remisier standard brokerage yang dikenakan ialah pada kadar 0.7% dengan minima RM40.00. Bagi transaksi saham melebihi RM100,000.00 selalunya brokerage yang dikenakan ialah 0.3%.

    ONLINE

    Brokerage yang dikenakan ialah 0.42% dengan minima RM28.00. Namun demikian ada syarikat yang menurunkan brokerage ini serendah RM10.00 yang mana sebenarnya ia melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak Bursa Malaysia namun demikian sebenarnya syarikat tersebut yang waived atau menanggung selebihnya bagi pihak pelanggannya.

    Namun demikian dari segi Clearing Fees dan Stamp Duty ia tetap sama. Clearing Fees adalah 0.03% dan Stamp Duty Kerajaan ialah RM1 bagi setiap RM1,000.00 bagi setiap transaksi.

    KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

    REMISIER

    Bila menggunakan perkhidmatan Remisier, kita bukan hanya boleh bertanya tentang banyak perkara yang mungkin tidak kita ketahui dalam pasaran, pada masa yang sama kita juga boleh meminta bantuan dengan mereka dalam permohonan IPO, permohonan IPO di MITI, Private Placement, Share Financing, Crossing Deals, Married Deals, Buying In dan pelbagai lagi. Ada sesetengah remisier yang berkelayakan boleh juga memberikan nasihat dan saranan saham-saham yang baik untuk dibuat pelaburan. Namun harus diingat bukan semua remisier boleh berbuat demikian.  

    ONLINE

    Bila menggunakan perkhidmatan online, kelebihan utamanya ialah kita bakal mendapat kadar brokerage yang rendah bagi setiap transaksi yang kita lakukan. Namun demikian selalunya kita tak tahu dan tak dapat nak bertanya tentang itu ini. sesetengah akaun CDS Online Trading ini pula merupakan akaun CDS Nominee yang tidak boleh digunakan untuk permohonan IPO dan sebagainya. Ia hanya dikhaskan untuk trading sahaja.

    Dari pemerhatian FY banyak pelabur baru yang melakukan kesilapan bila menjual dan membeli saham secara online kerana mereka masih baru tak tak punya ilmu mengenainya. Contoh kesilapan yang pernah FY nampak ialah ;
    Kesilapan lot pembelian samaada lot kecil 100 unit dengan lot besar 1000 unit.
    Kesilapan kaunter pembelian, ingin beli kaunter A terbeli kaunter B.
    Kesilapan hendak membeli tetapi terjual dan begitulah sebaliknya.
    Kesilapan membeli saham OR dan saham Warrant yang bakal lupus mahupun saham-saham yang bakal dinyahsenaraikan.

    Kesilapan-kesilapan ini sebenarnya hanya membawa kepada KERUGIAN.

    Nota kecil ;
    Oleh sebab tak punya Remisier mahupun Dealer untuk bertanya maka banyak persoalan itu akan sampai kepada FY. Buka akaun Online atau akaun Trading di tempat lain tapi tanya pada FY. Hehe. Saranan FY, buka sahaja akaun saham dengan FY, kalau tanyapun FY boleh jawab dengan senang hati. InsyaAllah.

    SARANAN FY

    Kepada pelabur baru anda umpama bayi yang baru lahir dan tak tahu apa-apa mengenai dunia. Jadi anda perlukan ibubapa untuk menjaga dan memelihara anda. Jadi di sini, FY tidak menyarankan anda menggunakan perkhidmatan Online melainkan anda bertatih dan meminta bantuan Remisier anda sehinggalah anda punya keyakinan untuk berjalan dan berlari. Dalam ertikata lain anda sesuai menjalankan urusniaga online bila anda telah punya ilmu trading di Bursa Malaysia ini.

    Remisier yang hebat adalah remisier yang boleh mengajar dan mendidik anda sehingga ada boleh berdiri di atas kaki sendiri dalam menjalankan urusniaga Trading di Bursa Malaysia. Bagi mereka yang tidak punya masa untuk menjadi seorang trader maka menjadi seorang Investor adalah lebih baik. Minta bantuan Remisier anda untuk membantu dalam pemilihan kaunter yang baik untuk dibuat pelaburan.

    Ingatlah kerjaya seorang Remisier ini adalah kerjaya professional jadi caj 0.7% yang dikenakan adalah caj yang patut bagi khidmat nasihat mereka. Pada FY menggunakan perkhidmatan Remisier yang membawa keuntungan adalah lebih baik dari menggunakan perkhidmatan Online yang murah tetapi merugikan.

    Kesimpulannya tak kesahlah samaada anda ingin menggunakan perkhidmatan Remisier mahupun Online kerana di penghujung cerita keuntungan yang dijana dari pasaran merupakan perkara utama.

    Sekian sahaja buat kali ini.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Feb 2014
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

    KATEGORI PELABUR-PELABUR DI BURSA MALAYSIA

    $
    0
    0


    Assalamualaikum...

    Dalam artikel kali ini FY akan tulis mengenai Market Participants atau golongan-golongan pelabur yang menyertai pasaran saham. Semoga ia membawa sedikit sebanyak kefahaman dan manfaat kepada anda pembaca budiman.



    Kalau kita lihat statistik di atas kita akan dapati dewasa ini kurang lebih 50% daripada pasaran adalah terdiri daripada Institusi Tempatan, lagi 30% merupakan penyertaan Institusi Asing dan selebihnya iaitu lagi 20% terdiri dari penyertaan pelabur runcit.

    PELABUR INSTITUSI TEMPATAN 50%

    Pelabur Institusi tempatan terdiri dari EPF, Khazanah, LTAT, PNB, Koperasi-Koperasi, Syarikat Insuran, Syarikat Saham Amanah, Fund Management Company dan banyak lagi.

    Selalunya pelabur Institusi Tempatan akan mencari saham-saham yang baik, berpotensi tinggi dan kukuh kedudukan kewangannya. Earning Per Share (EPS) yang tinggi, Price over Earnings (PE) dan Gearing yang rendah, Growth yang baik serta Yield dividen yang tinggi. Kaedah analisa ini dipendekkan dan dinamakan PEGGY Method.

    Institusi selalunya membeli saham pada ketika saham itu berada pada tahap Support iaitu pada masa harganya rendah bilamana penawarannya lebih banyak dari permintaannya. Lebih ramai yang ingin menjual dari membeli lantas menyebabkan harganya turun. Kebanyakan mereka menggunakan kaedah Dollar Cost Averaging dalam pembelian saham-saham ke dalam portfolio pelaburan mereka kerana cara ini lebih selamat dan menguntungkan.

    PELABUR INSTITUSI ASING 30%

    Pemilihan saham-saham pelabur Institusi Asing lebih kurang sama dengan Institusi Tempatan. Selalunya mereka memilih saham-saham yang baik, berpotensi dan punya kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh sebab mereka punya modal pelaburan yang sangat besar. Selalunya mereka memilih saham-saham berjajaran tinggi, saham-saham Blue Chips juga saham-saham 2nd Liner yang baik. Untuk pengetahuan anda mereka menganggap Bursa Malaysia sebagai Bursa yang Defensive. Ini kerana negara ini mempunyai banyak sumber-sumber bahan mentah juga kekuatan sektor industri dan pertanian yang boleh menyumbang kepada pendapatan negara sekaligus membawa kepada pertumbuhan dan keuntungan syarikat. Keuntungan inilah yang bakal menaikkan harga saham-saham serta digunakan untuk membayar dividen kepada pelaburnya. Tidak seperti Hong Kong, Singapura dan Taiwan yang mana negaranya tidak punya bahan mentah seperti yang ada di negara ini. Seterusnya mereka juga mengganggap Bursa Malaysia lebih selamat kerana senario politiknya yang jauh lebih stabil dari negara-negara di rantau ini.

    Seperkara lagi, kelebihan pelabur asing ini ialah mereka boleh boleh mendapat pulangan berganda berdasarkan kadar pertukaran matawang asing. Kemasukan pelaburan mereka ke dalam negara ini juga pastinya akan meningkatkan nilai RM. Apapun FY tak mahu menceritakan dengan panjang lebar mengenainya di sini.

    Kemudian mereka juga boleh menggunakan kaedah Carry Trade dalam strategi pelaburan mereka tidak seperti Institusi Tempatan. Bagaimanakah Carry Trade ini dijalankan? Tahukah misalannya kita menyimpan di Bank di Jepun kita tak akan dapat apa-apa interest darinya. BLRnya juga berada pada kadar yang sangat rendah antara 0% hingga 0.5% sahaja. Oleh itu meminjam dari bank Jepun dengan kadar yang begitu rendah dan melaburkan dalam saham-saham di negara ini dengan kadar dividen 4% setahun sudah memadai untuk Institusi Asing ini menjana keuntungan darinya. (Dengan andaian nilai kadar pertukaran matawang tidak berubah.)

    Oleh itu dalam keadaan boleh dikatakan seluruh dunia sedang mengecop duit dengan banyaknya baik sebagai stimulus bagi membantu kemeruduman ekonomi mahupun mengecop duit kerana kenaikan GDP, ini membawa kepada kecairan dalam pasaran, keadaan ini pula bakal membawa kepada kenaikan harga-harga saham di Bursa-Bursa utama termasuklah Bursa Malaysia. FY yakin keadaan ini akan berterusan dalam jangkamasa setahun dua ini. Oh! Ya... Lupa nak sebut, kecairan ini juga membawa kepada kenaikan harga barang.

    PELABUR RUNCIT 20%

    Seterusnya Pelabur Runcit. Peratusannya jah lebih kecil iaitu hanya sekitar 20% daripada keseluruhan modal pasaran. Pelabur Runcit ini terdiri dari pelbagai kategori. Di sini FY bahagikan kepada beberapa kategori.

    Proprietary Day Trader (PDT)
    Golongan ini berlesen seperti remisier dan dealer juga tetapi mereka tidak dibenarkan untuk mengambil pelanggan. Mereka beroperasi samaada berseorangan atau berkumpulan. Mereka mesti membeli dan menjual saham pada hari yang sama. Katahulai yang mereka ini merupakan golongan expert dalam pasaran saham. Brokerage mereka juga rendah. Golongan ini sebenarnya dibentuk untuk merancakkan pasaran saham bagi meningkatkan volume pasaran.

    Sasaran saham pilihan mereka ialah “Penny Stocks” iaitu saham berjajaran kecil atau FY panggil saham Cap Ayam. Oleh itu adakalanya kita boleh nampak saham-saham yang naik di sebelah pagi dan turun kembali di sebelah petangnya. Pergerakan harga setengah sen sudah memadai untuk mereka ini menjana keuntungan kerana mereka membeli dengan volume yang banyak.    

    Day Traders
    Day traders pula adalah golongan trader saham yang tidak berlesen menggunakan kaedah scalping dengan jangkamasa maxima transaksi masuk dan keluar hanya selama satu hari. Pilihan saham mereka juga adalah saham-saham berjajaran kecil.

    Contra Players
    Contra Players pula punya jangkamasa selama 3 hari atau 4 hari, namun ada juga broker yang membelikan fasiliti kontra sehingga 10 hari. Mereka akan mengambil untung atas angin atau membayar kerugian dalam jangkamasa ini. Selalunya Day Traders dan Contra Players ini menggunakan kaedah Breakout dan lebih kepada menggunakan Analisa Teknikal dalam keputusan pelaburan mereka. Risiko kerugian menggunakan kaedah ini tinggi sebenarnya. FY sama sekali tidak menyarankannya. Kenapa? FY akan terangkan di bawah ini.

    Retail Investors
    Retail Investor adalah Individu yang membeli saham berdasarkan Analisa Fundamental. Seperti Institusi sasaran saham mereka dari saham berjajaran kecil yang baik hinggalah kepada Blue Chips. Mereka memastikan saham yang dibeli itu undervalue  dan punya fair value yang jauh lebih tinggi dari harga didagangkan pada masa itu. Mereka menyimpan saham-saham ini untuk satu jangkamasa yang lama. Sebenarnya cara ini walaupun ia konservatif tetapi ia lebih selamat dan menguntungkan.

    Operator
    Inilah golongan yang paling jahat dalam pasaran saham. Mereka punya modal, mereka punya network dan ilmu pasaran saham yang tinggi. Tujuannya hanya satu, untuk memanipulasi saham dan menjana keuntungan darinya baik dari kenaikan harga hinggalah melalui kaedah Corporate Exercise. Selalunya mereka bekerjasama dengan pengarah syarikat dan pasukan mereka terdiri daripada dealer dan remisier dari pelbagai broker, acturial scientist atau pakar matematik, chartist, press dan adakalanya menggunakan nama ahli politik atau anak isteri ahli politik dan lain-lain lagi. Asalkan ia boleh membawa kepada kenaikan harga kepada saham-saham yang mereka pegang.

    Mereka ini boleh memanipulasi harga, mengeluarkan berita-berita palsu pasaran dan sebagainya bagi menipu para pelabur yang daif. Saham sasaran mereka juga selalunya saham cap ayam yang punya modal pasaran yang rendah hingga ke saham 2nd liner yang telah mereka corner dan kuasai. Golongan yang selalu terkena ialah golongan yang tak punya ilmu pasaran, newbie atau beginner, day trader dan contra players. Inilah sebabnya mempunyai ilmu pasaran saham adalah satu kewajiban bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

    Pelabur Newbie
    FY nak tambah lagi satu kategori. Bak kata orang putih, There’s a fool born everyday in the stockmarket. Maknanya ramai orang yang tidak punya ilmu pasaran yang muncul dalam pasaran saham setiap hari. Mereka tak tahu apa yang mereka lakukan, mereka tak tahu saham apa yang patut mereka beli, bilamasa yang paling sesuai untuk membeli, mereka tak kira syarikat itu untung atau rugi, mereka tak tahu Fair Value saham yang mereka beli itu, mereka tak tahu samaada mereka investor atau trader dan sebagainya. Pada FY ini bukan melabur tetapi berjudi. Semua ini akhirnya membawa kepada satu objektif – KERUGIAN!

    Dewasa ini nampaknya golongan ini bertambah ramai dengan adanya seminar-seminar saham Cap Ayam di luar sana. Ini jelas kelihatan dalam perubahan market behavior kebelakangan ini. Seminar Cap Ayam akan mengeluarkan pelabur Cap Ayam juga.

    Apapun FY ada menjalankan seminar saham bagi menerangkan semua ini dengan lebih lanjut lagi. Seminar Saham Super Investor bersama FY yang seterusnya ialah pada hari Sabtu 1 Mac 2014 bertempat di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut. Yang ni bukan seminar Cap Ayam tapi seminar Blue Chips yang murah. Hehe...

    Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor
    • Seminar SuperTech Investor
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

    PULANGAN KEUNTUNGAN MELABUR DI BURSA MALAYSIA

    $
    0
    0
    Assalamualaikum...

    Antara persoalan besar yang sering FY terima dan sukar FY dan para remisier yang lain jawab ialah mengenai pulangan atau keuntungan yang boleh diterima dari pasaran saham. Soalan yang ditanya adalah seperti berikut ;

    1. Berapakah pulangan bulanan yang boleh dapat melabur di Bursa Malaysia?
    2. Bolehkah dapat pulangan 10% sebulan melabur di Bursa Malaysia?
    3. Bolehkah kita dapat pulangan 100 peratus setahun?
    4. Berapakah pulangan selama 6 bulan, setahun dan sebagainya.


    Jawapannya di sini, kalau PNB, EPF dan Tabung Haji yang melabur dalam Bursa dengan bantuan Fund Manager yang profesional pun hanya memberi pulangan dividen sekitar 5 hingga 8% sahaja bagaimana pula kita nak dapat 10% sebulan atau 120% setahun?

    Namun demikian ada Asset Management Company atau Unit Trust Company yang boleh memberikan pulangan sebanyak 15 hingga 20 peratus setahun melabur di Bursa Malaysia tapi tak pernah FY dengar pulangan yang sampai 100%.

    Untuk pengetahuan anda KLCI turun sebanyak 39% pada tahun 2009, pada tahun 2010 ia naik sebanyak 45%. Kenaikan yang tinggi ini ialah kerana ia baru bangkit dari crash yang disebabkan oleh Sub Prime Crisis yang berlaku setahun sebelum itu. Pada tahun 2011 KLCI naik sebanyak 19%, tahun lepas juga ia naik sekitar lebih kurang 19%. Kalau kita lihat carta sejak 5 tahun yang lalu kenaikannya ialah sekitar 125% dan kalau kita bahagi dengan 5 maka pulangan puratanya setahun ialah 25% sahaja.

    Sebenarnya semakin pasaran saham naik maka kenaikan seterusnya akan menjadi semakin kurang. Pasaran saham Bursa Malaysia pada ketika ini berada pada paras 1800 mata iaitu antara paras tertinggi yang pernah dicapainya dan kepada yang Bullish mereka mengatakan yang pasaran akan naik hingga ketahap 2000 mata pada penghujung 2015 iaitu kenaikan sebanyak 11% lagi bagi 2 tahun yang akan datang atau kenaikan sebanyak 5.5 peratus sahaja setahun. Namun demikian bagi yang Bearish maka penurunanlah yang kelihatan dari perspektif mereka.

    Katalah kita ambil yang optimisitik iaitu kenaikan tahunan sebanyak 25% jadi ;

    • Kalau sebulan kita bahagi dengan 12 = 2.083%
    • Kalau dua bulan kita bahagi dengan 6 = 4.16%
    • Kalau enam bulan kita bahagi dengan 2 = 12.5%


    Dalam hal ini kalau kita boleh mendapatkan pulangan lebih dari ASB, atau lebih dari apa yang FY terakan di sini maka ia adalah pulangan yang baik dan pastinya menguntungkan. Apapun ketahuilah sebenarnya 95% pelabur yang masuk pasaran saham mengalami kerugian. Tak payah ceritalah pasal untung.

    Ingatlah pelaburan selama sebulan hingga tiga bulan bukanlah satu jangkamasa yang sesuai, pelaburan sebanyak kurang dari RM5000.00 juga bukanlah jumlah modal yang sesuai untuk tujuan pelaburan di Bursa Malaysia ini sepertimana yang FY telah terangkan dalam artikel-artikel yang lepas. Ini kerana dalam masa sebulan dua mungkin Bursa Malaysia berada dalam fasa kesisi (sideways) atau menurun (bearish) yang mana harga-harga tidak banyak berubah atau menurun maka sukarlah untuk menjana keuntungan darinya. Pelaburan mengambil masa, paling kurangpun berilah jangkamasa 6 bulan untuk melihat akan hasilnya.  

    Ini adalah pulangan bagi pelaburan dalam saham-saham yang sudajh tersenarai di Bursa Malaysia. Bagi pelabur yang inginkan pulangan yang jauh lebih tinggi maka pelaburan saham melalui kaedah permohonan IPO, IPO di MITI dan Private Placements mesti diceburi. Pelaburan dalam saham-saham yang belum dan akan disenaraikan. Untuk mengetahui kaedah dan rahsianya maka jangan lupa datang ke seminar Super Investor kalau sudi nak belajar lebih lanjut dengan FY pada 1 Mac ini. Bagi tahu kawan-kawan sekali ya. Kita belajar untuk jadi pelabur yang bijak dan berhemah. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

    Sekian dulu buat kali ini,

    FY
    Remisier
    Kenanga Investment Bank Berhad
    Naib Presiden
    Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


    Perkhidmatan kami ;
    • Seminar Super Investor akan diadakan pada 1 Mac 2014
    • Seminar SuperTech Investor
    • Seminar SuperTrader
    • Membuka akaun CDS
    • Memulakan portfolio pelaburan saham
    • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
    FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
    ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
    SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.
    Viewing all 1261 articles
    Browse latest View live