Quantcast
Channel: faizal yusup
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1261

STRATEGI MELABUR SAHAM GROWTH @ PERTUMBUHAN

$
0
0


Saham syarikat growth adalah syarikat yang sedang membesar. Pabila sesebuah syarikat itu sedang membesar jadi ia akan memerlukan modal untuk terus-terusan berkembang hinggalah ia sampai ke tahap tepu. 


Dalam proses memajukan syarikat maka tenaga kerja, jentera, kilang dan prasarana perlu ditambah bagi meningkatkan pengeluaran seterusnya meningkatkan jualan syarikat. Jadi selalunya keuntungan yang diperolehi takkan digunakan untuk mengagihkan dividen kepada pelaburnya sebaliknya keuntungan tersebut akan digunakan sebagai modal kerja, membayar hutang mahupun mengembangkan lagi syarikat tersebut.


Namun demikian aset syarikat akan terus juga berkembang dan penilaian ini akan membawa kepada kenaikan kepada harga saham syarikat tersebut kerana secara tak langsung ia menjadi lebih besar.
Apa yang penting untuk diperhatikan ialah Revenue syarikat serta EPS nya yang terus-terusan meningkat dan ini pasti selari dengan kenaikan harga saham syarikat tersebut.


Apakah contoh syarikat begini dalam Bursa Malaysia? Yang manakah lebih baik samaada melabur saham growth atau saham pendapatan?


Jemputlah datang seminar FY, akan FY akan bagi jawapannya serta menerangkannya dengan lebih mendalam lagi...

Sekian buat kali ini.
FY Al Haj

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1261